Monday, January 16, 2012

'Puan Editor Manggis' sudah memakai 'Premium Beautiful'...PEM loves PB!!! :)

...di pengakhiran tahun 2011 (tetiba PEM back to the past la plaks)...ada beberapa perkara dlm azam2 lama yang tak dapat direalisasikan, tapi telah menjadi titik mula utk azam baru yang bakal terlaksana di tahun 2012.... *senyum*

Hari ini, ketika ini, dan pada saat ini, PEM cuma ingin ceritakan salah satu perkara yang berlaku...bukan secara tiba2...ianya telah terjadi pon setahun sebelum ini...tapi kali ini, ianya lebih berkesan dan terkesan... *sengih*

Sebelum ini, di awal tahun 2011, PEM diperkenalkan dengan pemakaian corset berjenama Premium Beautiful (PB)...masa tu, azam PEM adalah untuk kurus...banyaklah dengar dari mereka2 yang menghampiri, terkesan sungguh dengan pemakaian PB tu...ramai yang cuba mempromosikan pada PEM, tapi PEM buat tak layan sebab masih belum bersedia...entah macamana, betapa rezeki setiap manusia tu segalanya di tanganNya...pintu hati PEM terbuka bila ada seorang teman memperkenalkan PEM pada temannya yang sedang/mungkin ketika itu bergiat aktif dengan perniagaan dan penjualan PB ni...tanpa berlengah ketika itu, terus PEM jumpa si penjual, dan dengan tergesa2nya, PEM menjadi pembeli...*rolling eyes*

[Satu tabiat buruk PEM adalah dlm kekerapan membeli tanpa usul periksa dan mudah mempercayai kata2 manis si penjual..]..*maniskah??oopppsss...tak semanis manggis kotss*

Bila PEM mula memakainya...aduhai...alangkah tidak selesa...nak tahu kenapa???

1) Si penjual tidak betul2 mengukur bentuk badan PEM untuk kesesuaian memakai PB mengikut size yang terbaik...*ada ke patut sebelum jual, dia suruh PEM ukur badan PEM sendiri atau cuma memberikan size pakaian dalam PEM yang biasa PEM pakai...*tak betul caranya nih..sebab, size PB dan pakaian dalam biasa adalah berbeza*

2) Menurut si penjual, if my current size (top to bottom) is C, i have to wear B size...so that, badan PEM akan mengikut acuan B tu sedikit demi sedikit...*sungguh tidak logic kan...*

PEM yang tidak arif ketika itu, hanya menurut 'nasihat' yang salah tu, dengan ikhlas dan hati terbuka walaupun setiap kali PEM hendak bersiap untuk ke tempat kerja atau ke bilik air, memang berkerut2 muka PEM bila nak pakai atau tanggalkan PB tu...

Maka, dengan sepenuh jiwa raga PEM (campur, tolak, kali, bahagi - dalam sebulan sahaja PEM memakai PB tersebut), ketika itu PEM dengan penuh perasaan mengatakan 'TIDAK' untuk PB....dan mulai saat itu, PEM bertekad untuk menjadikan PB sebagai 'bahan perhiasan' di dalam almari PEM semata2...*mahal ooooo bahan perhiasan, RM2k tu..hehehhehe*

Berbalik kepada penceritaan PEM di awal kalam tadi...azam lama yang belum direalisaikan, bakal menjadi titik mula kepada azam baru yang bakal terlaksana... *angkat kening*

Di penghujung tahun 2011, PEM kembali dihampiri oleh beberapa penjual tegar PB...tapi kali ini, si penjualnya bukanlah orang lain, adik kepada boss PEM sendiri...*jelir lidah* ...nak tak nak, PEM dengarkan aje promosi yang dia lakukan...hari demi hari, setiap kali terbuka sahaja perbincangan mengenai PB ni, PEM sekeras2nya bersuara yang PEM TIDAK akan membeli dan memakainya...*keras hati la konon*...PEM berterus terang pada si penjual tentang pengalaman yang PEM hadapi...dia akur dan tidak memaksa...*PEM suka penjual seperti ini*

Macam yang PEM utarakan awal2 lagi...rezeki di tangan Allah...entah macamana, setelah berbincang dengan my lover, tiba2 hati PEM terbuka pulak untuk mencuba PB buat kali ke-2... *senyum, mudah terpedaya ke aku nih* hehehehe...

Tapi kali ini sedikit berbeza, si penjual mengukur badan PEM bersungguh2, agar PEM dapat size yang betul2 selesa...bila dibandingkan dengan size yang dibeli dari penjual sebelumnya, ya Allah, patutla PEM pakai PB terasa siksa, sizenya terlalu jauh berbeza...!!! *alamak, macam pantun 2 kerat pulak* hikhikhik...

Mulai saat itu, PEM memakai PB dengan penuh istiqamah...walaupun ianya baru 3 minggu, tapi PEM dapat rasakan keselesaannya...perbezaan yang ketara dalam bentuk badan PEM juga...*ehem ehem ehem*....

Dan...yang pasti...kini, PEM sudahpun terlibat secara serius dalam penjualan PB ni...kalau ada para pembaca yang berminat untuk menjadi pembeli tegar corset PB nih, atau pun untuk sama2 menjadi 'business partner' PEM, jangan malu2, jangan segan2 untuk coretkan email pada PEM di:- semanis.ibtisam@gmail.com ....boleh kita jumpa dan berbual2 mengenai corset PB ni... *senyum meleret*

Doakan PEM dapat merealisasikan azam lama dan azam baru PEM yang masih belum terlaksana dengan pemakaian dan penglibatan PEM dalam business PB ni...*senyum*...

pssssttttt.....PEM pakai PB sambil makan buah Manggis...manisnyaaaaaaaaa ;)

No comments:

Post a Comment