Tuesday, June 29, 2010

Sambal Kerang - My Mom's secret recipe!! Cubalah!! ;)

Hari tu PEM tolong mak PEM masak SAMBAL KERANG.....resipi dari Chef yang tidak asing lagi....siapa lagi kalau bukan mak PEM sendiri....sebelum ni PEM pernah cuba jugak masak sambal kerang ni untuk My Lover...dia suka... :)...tapi air tangan mak PEM tersayang lagi sedap kot...sebab tu la bila mak sihat, ngader2 suruh mak jugak yang masak...hehehehe

Ada siapa2 nak try??Ini resepinya :-

Bahan-bahannya

RM2 Cili kering (dikisar halus)
5kg Kerang
4 ulas Bawang putih
10 Ulas Bawang merah
7 ulas Bawang Besar (dipotong bulat)
Hujung 4 jari Asam jawa
4 sudu besar Santan
3 sudu kecil Garam
3 sudu besar Gula
Air (semangkuk kecil)

Cara membuatnya

1) Cili kering dikisar sehingga halus (*blend*); masukkan sedikit air ketika blend
2) Kerang direbus sehingga mendidih airnya & terbuka cengkerangnya
3) Kopek kulit kerang dan masukkan sedikit air rebusan kerang
4) Bawang merah dan bawang putih dihiris
==============================================================

5) Masukkan minyak yang banyak ke dalam kuali; api sederhana besar
6) Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
7) Masukkan cili kering yang telah dikisar (7 senduk) + sedikit air - Biar sehingga garing; kacau sekali sekala; kacau kerap bila hampir garing
8) Masukkan kerang dan sedikit air rebusan kerang; kacau
9) Masukkan asam jawa (3 kali ramas dengan air sehingga bersih)
10)Masukkan 4 sudu besar santan; kacau sehingga mendidih
11)Masukkan garam
12)Masukkan gula; kacau sekali sekala bagi rata sehingga naik bau
13)Kacau sekali sekala sampai gelembung2 minyak dah makin kurang
14)Masukkan bawang besar & air (untuk layukan bawang dalam masakan)
15)Kacau lagi sehingga masak; tutup api bila bau dah wangi ;)

Resepi dan cara membuat SAMBAL KERANG yang PEM tulis mmg detail, senang untuk saper2 yang baru nak belajar, boleh mencubanya dengan betul....SELAMAT MENCUBA!!

psssttt....jangan masukkan manggis, tak sesuai!!! hehehehe

Tuesday, June 22, 2010

Friday, June 18, 2010

Resipi Gulai Tempoyak (Masukkan BELIMBING..bukan MANGGIS ok...) hehehe

2 bulan lagi Ramadhan akan menjelma....InsyaAllah..... :)....so mulai saat ini tiba2 menjadi rajin pulak nak mengumpul resepi2 utk hidangan buka puasa nanti....resepi2 dari mak dah banyak PEM kumpul..heheh..dari mama & kakak ipar pun ada koleksinya yang tersendiri...try nya baru dua tiga kali...heheheh....tapi koleksinya dah hampir penuh satu buku.... :)

Pagi tadi, teringin pulak PEM nak hogeh2 resepi yang dah lama disimpan dalam archive folders...terjumpa resepi GULAI TEMPOYAK...walaupun mak PEM berasal dari Perak, mama PEM pun dari negeri yang sama, tak pernah pulak terlintas nak tanya & tengok cara memasak gulai tempoyak nih....resepi kat bawah ni PEM dah lama simpan, tapi tak pernah try buat...ni resepinya... :-)

Masak Tempoyak Ikan

Bahan-bahannya
1 ekor ikan kipas atau sebarang ikan
1 cawan tempoyak
10 biji belimbing buloh
2 helai daun kunyit [koyakkan]


Bahan-bahan untuk di mesin halus
15 biji ciliapi
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 cawan air
garam


Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan keculai buah belimbing dan daun kunyit dalam periuk.
2. Masak bahan sehingga mendidih.
3. Masukkan belimbing buloh dan daun kunyit. Biarkan mendidih lagi.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

PEM: beria2 nak try gulai tempoyak...kalau tak sedap, PEM masukkan sedikit MANGGIS...hehehehe :)

Wednesday, June 16, 2010

Manggis semakin manis.... :)





Terfikir-fikir fashion baju raya tahun ini....semestinya kurung moden bermanik-manik menjadi pilihan hati...style permaisuri agong yang rupawan menjadi igauan...terasa anggun bila ikut caranya berpakaian...elegen, kemas, mempersonakan...betul-betul menarik perhatian :)...

Cantik kan kalau PEM pakai macam nih....?? rasanya Manggis semakin manis!!!





Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu photo-photo baju-baju dari PEM bila siap ditempah nanti ye.. :)

Friday, June 11, 2010

Nur Salsabyla Firdhaus...Mmmuuuaaah! :*





ADEK BELLA - Manggis ranum yang sentiasa di hati PEM....Comelkan dia???

Ingin ku kupas MANGGIS yang manis....

Tiba-Tiba aku rindukan sebuah penulisan yang dah lama aku pendamkan...tapi cerita dan hikayat yang hadir terlalu banyak...tak tahu yang mana mahu aku mulakan..yang mana mahu aku kongsikan... :)...hampir 3 bulan PEM memilih untuk menyepi...sibuk dengan kegembiraan melakukan ibadat umrah di Bumi Allah, Makkah, bergembira dengan 'putik-putik manggis' yang semakin ceria membesar; Iftinan dan Imtinan, sibuk melalui 1 bulan pengalaman penuh ceria menghabiskan masa dengan 'manggis-manggis ranum'; Neem dan Bella, melalui hari-hari yang penuh rasa cinta dan sayang bersama sang suami yang dicintai sepenuh hati, juga mak abah, along, ateh dan iwan yang sentiasa ku sayang sampai mati... :)

Penulisan yang kurangkakan berlegar-legar di hati...melayang-layang di sanubari...otak berjalan lancar untuk menzahirkan dengan teliti...perjalanan kehidupan yang manis, memori untuk dikongsi...

Hari ini...PEM memulakan kembali, apa yang sudah terhenti...perkongsian cerita ceriti yang bukan fantasi..pengalaman hidup yang SEMANIS MANGGIS bermula lagi.

-PEM-