Friday, June 11, 2010

Ingin ku kupas MANGGIS yang manis....

Tiba-Tiba aku rindukan sebuah penulisan yang dah lama aku pendamkan...tapi cerita dan hikayat yang hadir terlalu banyak...tak tahu yang mana mahu aku mulakan..yang mana mahu aku kongsikan... :)...hampir 3 bulan PEM memilih untuk menyepi...sibuk dengan kegembiraan melakukan ibadat umrah di Bumi Allah, Makkah, bergembira dengan 'putik-putik manggis' yang semakin ceria membesar; Iftinan dan Imtinan, sibuk melalui 1 bulan pengalaman penuh ceria menghabiskan masa dengan 'manggis-manggis ranum'; Neem dan Bella, melalui hari-hari yang penuh rasa cinta dan sayang bersama sang suami yang dicintai sepenuh hati, juga mak abah, along, ateh dan iwan yang sentiasa ku sayang sampai mati... :)

Penulisan yang kurangkakan berlegar-legar di hati...melayang-layang di sanubari...otak berjalan lancar untuk menzahirkan dengan teliti...perjalanan kehidupan yang manis, memori untuk dikongsi...

Hari ini...PEM memulakan kembali, apa yang sudah terhenti...perkongsian cerita ceriti yang bukan fantasi..pengalaman hidup yang SEMANIS MANGGIS bermula lagi.

-PEM-

No comments:

Post a Comment